KUIZ

Cuba kamu perhatikan penggunaan penjodoh bilangan bagi

perkataan durian...


sebiji durian



sepangsa durian


seulas durian




Cuba jawab soalan-soalan di bawah.


1. Emak mengambil _______durian untuk diberikan

 kepada   adik yang gemar makan buah durian.

2. Abang menjumpai ________durian yang gugur di dusun

 datuk.

3. Ayah meletakkan ________ durian di atas 

 meja untuk  diberikan kepada abang apabila dia pulang dari

 pejabat  nanti.


*Penjodoh bilangan bagi perkataan serai.....




sebatang serai



seikat serai



serumpun serai




Cuba jawab soalan-soalan di bawah.


1. Puan Maria membeli ________ serai yang dilonggokkan di

 atas meja semasa pergi ke pasar tani yang terletak

 berhampiran dengan rumahnya.


2.Petang semalam, ayah menanam __________ serai

 di belakang rumah.


3.Ibu memasukkan _________serai ke dalam  masakannya

 agar berbau harum dan bertambah lazat.



*Penjodoh bilangan bagi perkataan pisang....





sebiji pisang



sesikat pisang



setandan pisang



Cuba jawab soalan-soalan di bawah.


1. Pak Dollah memikul ________ pisang yang dibawa dari

 kebun di belakang rumahnya.


2. Setiap hari, datuk akan makan _______ pisang kerana ia

 mengandungi banyak khasiat dan dapat membekalkan

 tenaga.


3. Encik Kamal membeli ________ pisang yang dijual di tepi

 jalan untuk dimakan semasa dalam perjalanan ke tempat

 perkelahan. 

2 comments: