LATIHAN


LATIHAN 1

 1.   Mak Leha memetik se_______ pucuk ubi dan beberapa ______ cili padi di kebunnya.
      A ikat … ulas   B cekak…biji  C jemput…butir      D rumpun…genggam

2.   Pengakap muda itu mencari beberapa _______ kayu untuk mendirikan khemah.
      A buah          B ketul         C batang             D kaki

3.   PaK Aji melepaskan beberapa ______ tembakan untuk menghalau monyet-monyet itu.
      A butir         B biji           C das               D gugus

4.   Jika dilihat dari jauh, ekor arnab kelihatan seperti ______ kapas.
      
     A seketul        B segumpul       C selonggok         D sehelai

5.   Aini membelek beberapa _______ majalah lama milik ayahnya.
     A keping          B biji           C lembar           D naskhah

 6.   Pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur akan membina lima ______ rumah pangsa untuk penempatan setinggan.
     A blok             B bidang         C kumpulan         D gugus

7.   Shahri membubuh se_______ kayu api dan beberapa ______ daun kering untuk menghidupkan unggun api.
     A batang…pokok    B keping…gugus   C puntung…helai  D rumpun…longgok

8.   Puan Ros membeli lima ______ apam balik dari gerai itu.
     A buah             B biji           C keping           D ulas

9.   Ayah menjual beberapa ______ kelapa muda kepada pemuda itu.
     A buah              B tangkai        C sikat            D tandan

10. Pihak polis telah menjumpai dua ______ beg yang mengandungi duit palsu semasa meyerbu rumah pengedar dadah itu.
     A keping            B buah           C helai           D potong

11. ______ apabila renjer PERHILITAN sedang menjalankan gerakan pemindahan gajah liar di Taman Negara.

 
     A Sepasukan          B Segerombolan    C Sekawan         D Segugus

12. Pekerja itu dimarahi ketuanya kerana membuang _______ rokok yang masih bernyala ke dalam bakul sampah.

     A sebidang           B seruas           C sepuntung       D segelung







KLIK SINI UNTUK SOALAN YANG LAIN

SELAMAT MENJAWAB :)
      

Inilah sebahagian daripada penggunaan penjodoh bilangan

yang perlu difahami oleh semua murid.Penjodoh bilangan 

yang digunakan mestilah bersesuaian dengan ayat yang 

dibina.










No comments:

Post a Comment